Saturday, 7 January 2012

STRIKER MAN U KE WIGAN


Wigan sedang melihat prospek menandatangani striker Manchester United, Mame Biram Diouf secara pinjaman.

Pengurus, Roberto Martinez bimbang kehilangan Hugo Rodallega, dengan warga Colombia itu akan tamat kontrak pada musim panas.

Striker Senegal, Diouf dihadkan kepada tiga penampilan Piala Liga dan mempunyai tempoh sementara bersama Molde dan Blackburn. Dia berharap untuk mencontohi Danny Welbeck, yang menyinar semasa di Sunderland musim lalu dan sejak itu mencipta namanya dalam skuad utama United.

"Wigan satu pilihan yang baik. Saya mahu pergi dan bermain tiap minggu, cuba untuk menarik perhatian Sir Alex," kata Diouf, 24.

"Jika saya boleh menghabiskan musim ini dengan kuat, saya boleh cabar musim depan seperti yang Danny dilakukan. Wigan mungkin kunci saya."


No comments:

Post a Comment