Sunday 11 March 2012

MESSI PEMAIN YG HEBAT


Penyerang antarabangsa England ini kehilangan kata-kata mengenai penyerang Argentina tersebut dan merujuknya sebagai pemain terbaik yang telah menyinari sukan bola sepak.
 
Pemain antarabangsa Argentina itu menginspirasikan kemenangan 7-1 Barca di Liga Juara-juara ke atas Bayer Leverkusen di perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terakhir malam Rabu lepas dengan aksi cukup berbisa, menjaringkan lima gol kelabnya.
 
"Messi satu kelucuan," Rooney menulis dalam Twitternya selepas pemain Barcelona itu menjaringkan gol keempatnya dalam perlawanan.
 
"Pada saya, yang terbaik setakat ini."
 
Messi, yang menjadi pemain pertama menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-juara, berkongsi kedudukan tempat keenam dengan legenda Real Madrid, Alfredo Di Stefano dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan, dengan 49 gol. 

ALEX PERHATIKAN HAZARD


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menghadiri aksi kemenangan 2-1 Lyon ke atas Lille malam Sabtu lalu, dengan fokus perhatiannya dikatakan diberi terhadap Eden Hazard.
 
Pemain berusia 21 tahun itu telah dikaitkan dengan beberapa kelab besar Eropah, termasuk Chelsea, Arsenal, Real Madrid dan Barcelona, dan kini Red Devils juga dilihat berada dalam persaingan selepas Sir Alex dirakam oleh kamera televisyen di Stade Gerland.
 
Pemain Terbaik Tahunan Ligue 1 musim lalu menunjukkan minat menyertai Tottenham bulan lalu, diihat menolak berpindah ke sebuah pasukan dengan persaingan sengit untuk mendapat tempat.
 
Hazard turut menyalakan minat besar awal tahun ini apabila dia mendedahkan yang England merupakan destinasi pilihannya jika meninggalkan Lille pada musim panas.
 
Dan apabila diberitahu tentang Sir Alex datang menonton dan menguap selepas gol kedua Lisandro Lopez, Hazard berkata pada separuh masa: "Saya tak tahu dia di sini. Mungkin dia penat!"