Monday 30 January 2012

POGBA DAPAT TWRAN CHELSEA


Chelsea kini sedia bersaing dengan Arsenal dan Manchester City bagi menandatangani Paul Pogba dengan tawaran £3 juta bulan ini.
 
Remaja Manchester United itu telah lama disebut-sebut selaku antara bintang masa depan, namun masih gagal memastikan kedudukan dalam kesebelasan utama skuad Sir Alex Ferguson.
 
Pogba kini dalam tempoh enam bulan terakhir kontraknya, membenarkan dia bercakap dengan kelab-kelab lain mengenai potensi perpindahan dengan harga potongan pada musim panas. Keengganannya mempersetujui terma telah menyaksikan dia dipinggirkan oleh pengurus kelab.
 
Dengan City dan Arsenal sudah membuat tentatif pertanyaan mengenai perpindahan akhir musim, bos Chelsea, Andre Villas-Boas telah cuba mencuri perhatian berbanding yang lain dengan tawaran Januari.
 
Selain itu, Juventus dan Inter Milan juga berminat.

FLETCHER GANTI SCHOLES


Darren Fletcher telah mengambil alih peranan bimbingan Paul Scholes dalam pasukan simpanan Manchester United ketika dia pulih daripada masalah usus.
 
Fletcher, yang tidak bermain untuk United selama lebih dua bulan, membantu pengurus pasukan simpanan, Warren Joyce sehingga akhir musim ini ketika Sir Alex Ferguson mahu dia terlibat dengan kelab, walaupun dia tidak akan bermain lagi musim ini.
 
Fletcher diberitahu bahawa dia perlukan rehat yang lengkap, namun dia bergelut untuk kembali seperti sedia kala.
 
Midfielder Scotland tersebut tidak muncul untuk United sejak mereka seri 2-2 dengan Benfica dalam Liga Juara-juara di Old Trafford pada 22 November tahun lepas.
 
Walaupun dengan ketiadaannya, United menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak berada di bawah mana-mana tekanan untuk kembali beraksi dan digalakkan supaya mengambil peranan skuad simpanan Scholes awal bulan ini.
 
Ferguson juga menggesa pemain berusia 27 tahun itu untuk mengambil kursus kejurulatihan, malah dia terbang ke Sepanyol bagi menonton aksi Barcelona bertemu Real Madrid pada malam Rabu bagi meneruskan pelajarannya.

JI SUNG TAK MAIN NEGARA


Midfielder Manchester United, Park Ji-Sung telah menolak kepulangan semula ke bola sepak antarabangsa untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2014 Korea Selatan.

Pemain berusia 30 tahun itu bersara dari bola sepak antarabangsa tahun lalu selepas kejohanan Piala Asia di mana Korea Selatan tamat di tempat ketiga.

Kekalahan baru-baru ini kepada Lubnan telah menyebabkan harapan Korea untuk mara ke Piala Dunia 2014 di Brazil berada di awangan, dan mengundang jemputan buat midfielder Red Devils itu kembali untuk pusingan perlawanan terakhir pada 29 Februari, namun Park telah menolak peluang tersebut.

"Jika saya ada niat mahu kembali saya takkan buat pengumuman untuk bersara sebelum ini," katanya kepada wartawan. "Saya tak rasa pasukan kebangsaan mampu atasi situasi sukar dengan hanya seorang pemain seperti saya kembali ke pasukan.

"Laporan seperti itu yang katakan pasukan kami krisis mungkin beri kesan kepada pemain, namun jika pemain buat persembahan yang sepatutnya dan beri tumpuan, akan ada keputusan baik. Pasukan kebangsaan lebih baik dari Kuwait, jadi saya harap pemain tak fikir sangat tentang perlawanan tersebut."

ROONEY CEDERA


Manchester United sedang gementar sama ada  Wayne Rooney akan cergas untuk perlawanan pusingan keempat Piala FA di Liverpool.

Penjaring terbanyak United itu tidak turun berlatih sepanjang minggu selepas mengalami kecederaan buku lali semasa kemenangan di Arsenal hari Ahad lepas.

Ia berita buruk buat pengurus United, Alex Ferguson yang bergelut membuat perancangan dengan krisis kecederaan serius.

United berharap dapat melihat keadaan Rooney dengan Fergie telah pun kehilangan sembilan pemain pasukan utama.

Kini ada kebimbangan bahawa Nani, yang dipapah meninggalkan the Emirates kerana kecederaan buku lali, ada kecederaan ligamen yang akan mengenepikan beliau untuk selama dua bulan.

Phil Jones diijangka tiada masalah selepas turut mengalami kecederaan buku lali di Arsenal namun masih belum dapat berlatih kelmarin dan kini statusnya diragui.

Status Rio Ferdinand juga diragui namun pemain ini yakin beliau akan sempat cergas.

Ia membuatkan Ferguson kekurangan pemain dengan dua pemain midfield yang cedera, Ashley Young dan Tom Cleverley masih memerlukan seminggu lagi untuk cergas.

Pemain Brazil, Anderson berehat untuk dua minggu lagi kerana kecederaan lutut yang dialami November lalu manakala Michael Owen (paha) turut tidak bermain sejak  bulan yang sama.

Fergie telah kehilangan kapten pasukan, Nemanja Vidic (lutut) dan Darren Fletcher (sakit) untuk sepanjang musim.

NANI CEDERA


Nani mungkin akan direhatkan sehingga dua bulan kerana kecederaan ligamen buku lali.
 
Pemain sayap Portugal itu tercedera semasa dikasari bek tengah Arsenal, Laurent Koscielny pada perlawanan Ahad lepas.
 
Kaki kanannya itu cukup bengkak hingga imbasan tidak dapat dilakukan bagi memastikan tahap kecederaannya.
 
Staf perubatan United mengharapkan ia hanya bengkak sementara.
 
Namun jika ia kecederaan ligamen, ia bermakna pemain ini akan berehat panjang dalam waktu paling penting mengejar kejuaraan liga.
 
Berita baik untuk United ialah Ashley Young cergas untuk menggantikan Nani di bahagian sayap dan  Phil Jones telah pulih dari kecederaan buku lali yang dialaminya di Arsenal.

Friday 27 January 2012

EVRA TAK ADA KERESAHAN


Patrice Evra telah memberitahu Sir Alex Ferguson dia tiada keresahan tentang kembali ke Anfield untuk berdepan Liverpool hujung minggu ini.
 
Aksi pusingan keempat Piala FA Sabtu ini menyaksikan Manchester United kembali ke Anfield buat kali pertama sejak pertelagahan perkauman Evra dengan Luis Suarez berlaku, menyebabkan striker Liverpool itu digantung lapan perlawanan.
 
Namun Evra, 30, telah meyakinkan bosnya dia dalam tahap mentaliti terbaik untuk pertembungan itu dan akan mengetuai pasukan di Merseyside sebagai ketua pasukan sementara.
 
Suarez, yang menjalani penggantungan perlawanan terakhir, dijangka akan berada di Anfield untuk menyaksikan pertembungan itu, walaupun dia hampir pasti tidak akan bertembung dengan Evra, satu senario yang tidak diingini oleh kedua-dua kelab.
 
Keengganannya untuk memohon maaf secara peribadi kepada Evra – dengan Liverpool mendakwa bek United itu 'tidak boleh dipercayai' dan mereka mempersoalkan keputusan jawatankuasa FA – telah meningkatkan tekanan di antara dua kelab pesaing paling ketat bola sepak Inggeris.

WELBECK DAPAT SOKONGAN


Danny Welbeck dijangka menandatangani kontrak baru lima tahun dengan gaji mingguan £42,000 dalam masa dua minggu lagi.

Pada Ogos lepas, Manchester United telah membuat perancangan untuk mengekalkan penyerang muda ini di Old Trafford dengan kontrak jangka masa panjang.

Dan pengurusan kelab yakin Welbeck, 21, yang menjaringkan gol kemenangan di Arsenal, akan menurunkan tandatangannya selepas kedua-dua kem mencapai persetujuan.

Difahamkan tawaran asal United yang lebih menekankan tentang bonus, telah ditolak mentah-mental kerana pengurusan Welbeck mahukan kontrak dengan kenaikan gaji asas.

Welbeck kini bakal menerima gaji mingguan sekitar £37,000 seminggu — bersama tambahan berdasarkan penampilan dan jaringan  — selepas sebelum ini ditawarkan £27,000 seminggu sebelum bonus.

REAL TGGU WELBECK



Real Madrid sedang memantau secara dekat pertikaian kontrak Danny Welbeck dengan Manchester United.

Bos Bernabeu, Jose Mourinho sudah lama meminati striker England itu dan akan memantau situasinya dari sekarang sehingga musim panas ini.

Mourinho meminati Welbeck sewaktu dia mengurus Chelsea dan Inter Milan, walaupun tiada tawaran pernah dibuat.

Namun kini pintu telah terbuka dengan pemain berusia 21 tahun itu, setelah media mendedahkan tentang masalah perbincangan kontrak dengan wakil United berkenaan perjanjian baru.

Produk Akademi United, Welbeck menerima £15,000 seminggu dari kontraknya sekarang, yang bakal tamat dalam 18 bulan dan telah memberitahu United dia mahukan lebih £60,000 seminggu.

MAN U KEMBALI PADA MODRIC


Luka Modric, midfielder Croatia cemerlang yang memacu kebangkitan Tottenham sebagai pencabar liga, kini muncul sebagai sasaran perpindahan No 1 Manchester United pada musim panas ini.

Namun ia akan memerlukan bidaan £50 juta dari United untuk membeli pemain berusia 26 tahun itu.

United melihat Modric sebagai pengganti jangka masa panjang sempurna untuk Paul Scholes, yang terpaksa keluar dari persaraaannya dua minggu lalu untuk menyelamatkan masalah bahagian midfield yang terjejas akibat kecederaan Tom Cleverley dan masalah kesihatan Darren Fletcher yang kronik.

Ketika United bersusah-payah merekrut Wesley Sneijder dari Internazionale musim panas lepas  — dan difahamkan pemain Belanda berharga £30 juta itu masih berminat dengan perpindahan ke  Old Trafford — Modric menjadi antara sasaran pembelian Sir Alex Ferguson pada musim panas ini.

Gaji Sneijder sentiasa menjadi masalah utama dengan midfielder ini memerlukan gaji hampir £250,000 untuk menyamai gajinya bersama Inter.

Perjanjian sebegini akan memecahkan struktur pembayaran gaji United dan malahan meletakkan beliau pemain kelab bergaji paling lumayan mengatasi penerima sedia ada, Wayne Rooney.
 
Modric mewakili nilai wang yang lebih baik kerana beliau mudah dapat menggandakan gaji £60,000 seminggunya di Spurs dengan berpindah ke Old Trafford — dan masih tidak lagi mengejutkan pemain United yang menerima gaji lumayan.

SMALLING N JONES KEMBALI BERSAMA MAN U



Sir Alex Ferguson mengesahkan duo pertahanan, Chris Smalling dan Phil Jones cergas untuk perjalanan Manchester United ke Arsenal pada hari Ahad.
 
Kedua-dua pemain itu hanya duduk menyaksikan kemenangan ke atas Bolton dalam aksi Liga Perdana minggu lepas setelah gagal pulih segera daripada impak perlanggaran semasa aksi Manchester minggu sebelumnya di Piala FA.
 
Namun, Ferguson melaporkan kedua-duanya telah berlatih minggu ini dan perlu terlibat di Stadium Emirates. "Phil dan Chris akan cergas," kata Ferguson.
 
Ferguson juga mengesahkan pemain yang diketepikan untuk jangka panjang iaitu Ashley Young dan Tom Cleverley telah membuat kemajuan yang baik dalam usaha mereka untuk kembali cergas. Dan Ferguson berharap mereka akan kembali pada awal Februari.
 
"Saya harap dalam masa sepuluh hari, dia (Cleverley) akan bermain dalamlatihan. Itu pelan kami, melainkan jika terdapat sebarang isu berulang. Kami boleh teruskannya dan kemudian bergantung bagaimana dia buat dalam latihan."
 
"Tahap kecergasan dia seharusnya okay dan jika betul, dia boleh beraksi segera. Mungkin dalam masa seminggu."

DIOUF KE KELAB GERMAN


Sisi Bundesliga, Hannover 96 mengesahkan minat mereka menandatangani striker Manchester United, Mame Biram Diouf.
 
Diouf, yang gagal merebut tempat skuad utama di Old Trafford selepas berpindah dari kelab Norway, Molde pada Julai 2009, turut dikaitkan dengan Wigan, Hoffenheim dan Nurnberg.
 
Striker Senegal itu menjaringkan tujuh gol dalam enam penampilan dengan skuad simpanan United musim ini dan telah bermain dalam Piala Carling, namun langkah pinjaman boleh memberikan masa bermain yang berharga buat pemain berusia 24 tahun itu.
 
Pengarah sukan Hannover, Jorg Schmadtke mengesahkan kelab mensasarkan menandatangani Diouf, pemain yang telah dijejaki mereka bagi tempoh masa yang panjang.
 
Schmadtke berkata, "Kedua-dua kelab, ejen dan pemain kini dalam rundingan."
 
"Dia pantas, kental dan suka berlari ke arah gol. Sudah lama kami kejar dia, malangnya kemudian dia berpindah dari Molde ke Manchester United."

MORRISON MAU 30K SMGGU


Ravel Morrison mengejutkan Manchester United dengan permintaan £30,000 seminggu, walaupun remaja itu hanya membuat tiga penampilan skuad utama setakat ini.
 
Sir Alex Ferguson menyatakan kegusaran terhadap pemain berbakat tetapi bermasalah yang berusia 18 tahun itu, menjelaskan bahawa permintaan tersebut sebagai 'tidak realistik'.
 
United menawarkan Morrison £12,000 seminggu, gaji yang menakjubkan buat seseorang yang begitu muda dan ketika pemain menafikan menolak tawaran baru, kini difahami mereka menemui jalan buntu. Tidak jelas sama ada permintaan gaji £30,000 seminggu itu termasuk dengan bonus.
 
Namun rundingan bersama ejen Morrison telah berlangsung dengan begitu teruk sehingga United memutuskan akan bersedia membenarkan dia pergi, walaupun dia dianggap sebagai pemain terbaik yang akan muncul menerusi akademi kelab itu.
 
Bermula dari Longsight di Manchester, Morrison membintangi skuad remaja United dalam Piala FA Belia dan telah dilabelkan sebagai Paul Scholes yang baru.

Saturday 21 January 2012

BERBATOV KEKAL


Ejen Dimitar Berbatov menegaskan striker Manchester United itu tidak akan ke mana-mana dalam perpindahan bulan ini.
 
Pengurus United, Sir Alex Ferguson mendakwa kelab itu akan mengaktifkan klausa dalam kontrak striker, yang akan tamat akhir musim ini, serta bakal dilanjutkan kepada 12 bulan lagi.
 
Namun terdapat gosip bahawa sejumlah kelab, termasuk Bayern Munich dan Bayer Leverkusen, bersedia menguji penyelesaian United terhadap pemain berusia 30 tahun itu dengan tawaran sekitar £8 juta.
 
Walau bagaimanapun, ejen Berbatov iaitu Emile Danchev, berkata, "Saya selalunya tak mengulas mengenai spekulasi. Tapi satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ketika ini, perpindahan Berbatov ke kelab lain tiada di dalam agenda."
 
Leverkusen, yang telah menjual Berbatov ke Tottenham pada Julai 2006, mengesahkan mereka tidak berminat menandatangani semula bekas striker mereka itu.
 
Ketua Eksekutif Wolfgang, Holzhauser berkata, "Saya baca bahawa Dimitar terbang ke Frankfurt dan kami berada di sana bagi rundingan peralihan." 
 
"Ini tak betul dan saya juga akan katakan kami tak mengejarnya untuk musim panas akan datang."

ROMA MAU MORISSON


Roma telah memasuki perlumbaan untuk remaja berbakat Manchester United yang bermasalah, Ravel Morrison. Demikian menurut ejennya.
 
Morrison telah diberitahu yang dia boleh keluar oleh pengurus, Sir Alex Ferguson dan kini ejennya, Barry Rubery menyatakan dia menemui kelabItali mengenai langkah peralihan keluar England dalam jendela semasa.
 
Ferguson sedia membenarkan midfielder serangan itu pergi kerana langkah kontrak barunya telah terhenti, yang mana masalah di luar padang pemain juga turut menjadi punca.
 
United mahukan sekitar £1 juta untuk Morrison, yang diminati Newcastle dan telah ditonton oleh Arsenal dan Chelsea beberapa minggu belakangan ini.
 
Namun, permulaan hidup baru di luar England sama ada di Rom atau di tempat lain, boleh menjadi untuk pemain yang dilihat oleh ramai selaku penemuan terbaik United dalam tahun-tahun belakangan ini.

Friday 20 January 2012

WELBECK MAU GAJI LEBIH


Manchester United berang dengan permintaan gaji Danny Welbeck, jadi rundingan kontrak jangka panjang kini dalam kebuntuan.
 
Welbeck, 21, muncul sebagai pemain penting dalam rancangan Sir Alex Ferguson, menjaringkan lapan gol untuk juara Liga Perdana Barclays musim ini.
 
United berminat untuk memberi ganjaran kepada striker England itu, yang berpendapatan £15,000 seminggu, dengan perjanjian baru.
 
Namun pemain dan penasihatnya kini meminta £60,000 seminggu, yang membuatkan pegawai-pegawai United terkejut.
 
United mahu memberikan Welbeck pakej gaji yang sama seperti bakat-bakat muda kelab yang lain. Bek, Phil Jones dan Chris Smalling kedua-duanya menerima £50,000 seminggu, manakala Tom Cleverley pula menerima £40,000 seminggu.
 
United berasa permintaan £60,000 seminggu Welbeck tidak realistik kerana dia belum lagi membuktikan dirinya secara konsisten.

RIO CEDERA


Rio Ferdinand diragui untuk pertembungan Manchester United menentang Arsenal Ahad nanti selepas dia mengalami gegaran hujung minggu lalu.
 
Bek United tersebut perlu lulus beberapa siri ujian ketat oleh jabatan perubatan kelab minggu ini bagi menyertai aksi di Emirates.
 
Ferdinand menulis di Twitter bahawa 'dia tidak ingat' apa yang berlaku semasa United menang 3-0 ke atas Bolton di Old Trafford Sabtu lepas.
 
Dia juga mengakui alami gegaran, yang berdasarkan peraturan FA sebelum ini, dia secara automatik terlepas tempoh 10 hari yang berikutnya.
 
Namun FA telah melonggarkan garis panduan dan Ferdinand, 33, kini akan menjalani pemeriksaan perubatan lanjut.
 
Pengurus United, Sir Alex Ferguson bergantung harap kepada pemain bek berpengalamannya itu dalam pemburuan gelaran selepas kehilangan kapten, Nemanja Vidic akibat kecederaan lutut jangka panjang.

BAYERN MAU BEBATOV


Dimitar Berbatov mungkin akan menuju ke Bayern Munich.
 
Kelab gergasi Jerman itu telah menghubungi Manchester United dan ejen pemain tersebut mengenai hasrat membeli penyerang Bulgaria itu.
 
Dan mereka sedia mengemukakan tawaran £8 juta untuk  Berbatov yang bakal berusia  31 tahun hujung bulan ini dan berada di tahun terakhir kontraknya dan bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab yang berminat.
 
Namun United boleh mengakitfkan klausa dalam kontraknya yang membolehkan mereka mengekalkan pemain ini untuk semusim lagi.
 
Pendahulu Bundesliga, Bayern terdesak mencari penyerang baru dengan Ivica Olic bakal berpindah, walaupun bekas kelab Berbatov,  Bayer Leverkusen, turut berminat mendapatkannya.
 
Beliau hanya memulakan sembilan dari 31 perlawanan United musim ini dan di tempat keempat dalam pemilihan penyerang pasukan di belakang Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Javier Hernandez.
 
Musim lepas, beliau adalah penjaring terbanyak bersama Kasut Emas dengan 20 gol – namun dipinggirkan di separuh kedua musim apabila gandingan Rooney-Hernandez lebih menyengat untuk United.

Monday 16 January 2012

SCHOLES ADALAH LAGENDA


Alex Ferguson memuji penjaring gol, Paul Scholes sebagai pemain terhebat sepanjang zaman  Manchester United.
 
Pemain genius berambut perang berusia 37 tahun itu, membuka gol kemenangan 3-0 United ke atas Bolton hanya seminggu selepas membuat kejutan keluar dari persaraannya.
 
Bos United itu memberitahu: "Mengejutkan juga untuk melihat beliau berada berhampiran pintu gol."
 
"Dengan usia dan keadaan beliau baru saja kembali, kami menjangkakan beliau untuk menguasai bahagian midfield di mana ia telah dilakukannya."
 
"Tapi beliau ada naluri. Beliau sentiasa memilikinya."
 
"Beliau mungkin berkata rehat separuh masa semakin dekat, aku akan bertaruh."
 
"Beliau adalah antara pemain terhebat kami. Apabila anda melihat aksinya hari ini, anda tidak boleh melupakannya."

FERGIE KRITIK BDK MANU MAU GAJI TGGI


Sir Alex Ferguson mengkritik permintaan gaji 'tak realistik' Ravel Morrison, salah seorang prospek menyerlah Manchester United.
 
Ferguson mendedahkan bahawa tawaran dari Newcastle untuk Morrison, 18, telah ditolak tetapi mengakui kian hilang sabar dengan remaja yang bermasalah itu.
 
Morrison, yang membuat tiga penampilan Piala Carling, akan tamat kontrak pada musim panas dan dia telah menolak tawaran United yang mungkin bernilai sehingga £15,000 seminggu.
 
"Ejennya sedang bekerja keras untuk mendapatkan kelab lain," kata Ferguson.
 
"Kami tawarkan dia terma-terma yang telah ditolaknya. Permintaannya tak realistik. Kami telah tolak tawaran dari Newcastle."
 
Midfielder itu menambahkan senarai pemain yang melakukan masalah di luar padang, penampilan mahkamah dan tidak hadir yang meninggalkan Ferguson berasa jengkel.

GIBSON MILIK EVERTON


Darron Gibson akan menjadi pembelian pertama Everton di jendela perpindahan dengan perpindahan sebanyak £2 juta. 

Midfielder Manchester United itu didenda pemotongan seminggu gaji oleh Alex Ferguson kerana nampak "tidak bermaya" semasa latihan selepas berhibur malam dengan Wayne Rooney dan Jonny Evans bulan lepas.

Kini Fergie perlu menjualnya dari membiarkan Gibson, 24, yang tamat kontrak di penghujung musim ini, pergi secara percuma.

Gibson disisihkan dari pemilihan kesebelasan utama di Old Trafford selepas penampilan memberangsangkan dan gol di peringkat separuh akhir Liga Juara-juara musim lepas. 

Bintang Republik Ireland itu yang menyaksikan perpindahannya ke Sunderland pada musim panas lepas gagal kerana masalah terma peribadi, mahu mencerahkan peluangnya bermain di Kejohanan Eropah 2012. 

Kini pengurus Everton, David Moyes akan mengalihkan tumpuan mencari bek tengah harga murah selepas Phil Jagielka cedera lutut dan direhatkan selama enam minggu dan Sylvain Distin mengalami masalah hamstring semasa kekalahan di Spurs malam Rabu lalu.

Friday 13 January 2012

GIBSON SEDIA KE EVERTON


Everton semakin hampir menyelesaikan perpindahan harga murah £1 juta untuk midfielder  Manchester United, Darron Gibson.
 
Pengurus pasukan David Moyes ada bajet yang amat terhad namun terdesak menambah pemain dalam skuadnya yang dibelenggu masalah kecederaan dan melihat Gibson, 24, sebagai pemain yang boleh memperkuatkan pasukannya.
 
Pemain antarabangsa Republik Ireland itu bergelut untuk aksi dalam pasukan utama di Old Trafford dan ada masalah dengan pengurus Sir Alex Ferguson bulan lepas apabila beliau, Wayne Rooney dan Jonny Evans didenda kerana keluar berhibur malam di hari Boxing Day yang membuatkan mereka gagal cergas untuk berlatih dengan sepenuhnya pada keesokkan harinya.
 
Bagaimanapun, Moyes dikenali kerana berjaya mendapatkan hasil yang terbaik dari pemainnya dan yakin Gibson akan menghasilkan permainan terbaiknya dalam tahun-tahun mendatang. Beliau berharap dapat melunaskan perpindahan sebelum hujung minggu ini dan kemudian mencari pemain penyerang dan pertahanan untuk pasukannya. 

BERBATOV KE BAYERN


Dimitar Berbatov mungkin menjadi pemain pertukaran Manchester ke Munich, dengan kelab gergasi Jerman, Bayern dilaporkan berminat menandatangani striker itu.
 
Bos Manchester United, Sir Alex Ferguson baru-baru ini berkata dia mahu Berbatov kekal di Old Trafford setahun lagi, dan akan aktifkan klausa dalam kontrak warga Bulgaria itu.
 
Namun hal itu tidak semestinya menghalang Bayern daripada membuat langkah untuk pemain berusia 30 tahun tersebut.
 
Gergasi Jerman itu bakal kehilangan Ivica Olic dalam Januari atau pada musim panas, dan kini sedang mencari penggantinya.
 
Berbatov telah bersama United sejak 2008, dan merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu, membantu Reds Devils ke rekod 19 gelaran liga.
 
Peluangnya terhad musim ini, hanya empat permulaan Liga Perdana.
 
Namun dia masih menjaringkan gol apabila dipanggil dan kini telah menjaringkan lima gol liga pada bulan lepas.