Saturday 31 December 2011

DUA DUA BOLEH


Sir Alex Ferguson semakin sukar memutuskan sama ada terus mengekalkan Anders ­Lindegaard mengatasi David De Gea sebagai penjaga gol utama Manchester United.

Lindegaard telah memulakan dua perlawanan terakhir dan langsung tidak melepaskan gol dalam lima perlawanannya di Liga  Perdana Inggeris – penampilan  di musim ini. 

Walaupun De Gea dibeli sebagai  penjaga gol No.1 United, Ferguson dan staf kejurulatihannya difahamkan pening kepala untuk memilih antara kedua-dua penjaga gol tersebut.

Semasa United membeli De Gea dari Atletico Madrid dengan harga £20 juta pada musim panas lepas untuk menggantikan Edwin van der Sar, Lindegaard – pembelian £3.5 juta dari kelab Norway ­Aalesund – diletakkan peranan sebagai pemangku. 

Selepas kemenangan besar 5-0 United di perlawanan Boxing Day dengan Wigan, Lindegaard mentweet: “Calmfidence - 6!”, merujuk kepada tahap keyakinannya selain dari total tanpa bolos beliau musim ini. 

Walaupun De Gea pulih dari permulaan goyah dengan siri permainan cemerlang, Lindegaard telah terus memberikan tekanan persaingan kepada pemain berusia 21 tahun tersebut.

Tuesday 27 December 2011

ALEX PUJI BERBATOV


Manchester United membelasah Wigan Athletic 5-0 untuk berada sama mata dengan Manchester City di persada Liga Perdana terima kasih kepada hatrik oleh Dimitar Berbatov.
 
Berbatov diberi tempat permulaan yang jarang diperolehinya di barisan depan serangan buat United dan dia membalas kepercayaan pengurusnya dengan tiga gol, melengkapkan hatrik melalui sepakan penalti.
 
Sir Alex berkata: "Ia perlawanan sesuai buatnya. Saya perlukan ketinggiannya untuk hadapi sepakan percuma lawan dan dia balas pula dengan jaringkan hatrik. Kami sangat gembira buatnya dan ini bantu tingkatkan keyakinan."
 
Antonio Valencia dan Park Ji-sung menambah dua gol lagi pada hari selesa aksi Boxing Day buat Red Devils.
 
Ia hari lebih sukar buat pasukan Manchester City bimbingan Roberto Mancini, yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 di The Hawthorns menentang West Bromwich Albion.
 
Tekanan kini terletak di tangan mereka, terutama dengan Kolo dan Yaya Toure akan tidak lama lagi meninggalkan pasukan untuk menyertai skuad Ivory Coast bersaing di Piala Negara Afrika.

Monday 26 December 2011

ALEX SUKA SUAREZ KNA GANTUNG


Sir Alex Ferguson berkata keadilan telah ditegakkan oleh FA England yang menghukum Luis Suarez dengan penggantungan lapan perlawanan akibat menghamburkan perkataan rasis terhadap Patrice Evra.

Liverpool berang dengan hukuman tersebut, namun pengurus United itu berkata: "Hal itu telah selesai dan saya rasa kami puas hati mereka dah capai keputusan tepat.

"Ia langsung bukan tentang Manchester United dan Liverpool. Ini tentang situasi individu di mana seseorang telah diejek secara perkauman.

"Ia tak perlu banyak untuk ingatkan semua orang yang ini derbi terbesar negara ini. Ia tak pernah tentang hanya untuk cipta sensasi."

Liverpool turut mempersoalkan kredibiliti Evra, merujuk kepada penggantungan tiga perlawanan buat bek Perancis itu tiga tahun lalu apabila dia gagal meyakinkan sebuah panel disiplin yang dia telah diejek secara perkauman di gelanggang Chelsea.

Ferguson berkata: "Kami jelas sokong Patrice, dari mula lagi.

"Patrice dapat penggantungan akibat insiden di Chelsea itu kerana tiada siapa di situ, hanya ada seorang penjaga padang dan jurulatih kecergasan kami.

"Kami perlu tunggu dua minggu untuk dapatkan bukti. Kami sendiri juga agak terkejut."

Saturday 24 December 2011

GIGS NIKMATI MUSIM YANG HEBAT


Veteran Manchester United, Ryan Giggs percaya juara Liga Perdana itu dalam prestasi yang hebat ketika ini.

"Kita sudah saksikan beberapa minggu yang baik," Giggs memberitahu MUTV.

"Anda lihat apa yang kami mampu [di Fulham] dan itu standard kami."

"Cerita yang sama di Queens Park Rangers (Ahad lepas)."

"Di sana, kami hanya tak selesaikan peluang kami. Hari ini kami berjaya menjaringkan gol."

"Untuk datang ke tempat seperti Craven Cottage dan melakukan gerakan sedemikian adalah sesuatu yang cemerlang."

"Bagi diri saya sendiri dan Michael Carrick di tengah, pergerakan di hadapan kami sangat hebat."

"Jelas sekali bek kami juga hebat. Tapi apabila anda mempunyai banyak pilihan bersama bola dengan orang yang lari di belakang, dengan pemain yang jatuh, kami sebuah pasukan yang sangat sukar untuk dihadapi."

"Prestasi kami amat menyenangkan."

Kemenangan United mengekalkan tekanan mereka ke atas Manchester City ketika menuju ke Krismas, dengan Wigan akan berkunjung ke Old Trafford pada hari Boxing.

Wednesday 21 December 2011

TIOTE KE MAN U?


Pemerhati Manchester United menyaksikan midfielder Newcastle, Tiote Cheik pada hujung minggu lalu.
 
Pengurus, Sir Alex Ferguson mempertimbangkan pelbagai sasaran midfielder termasuk pemain Benfica, Nicolas Gaitan, Mario Gotze dari Borussia Dortmund dan tonggak Ajax, Kristian Eriksen.
 
Dan United merupakan kelab terbaru yang dikaitkan dengan pemain Ivory Coast, Tiote.
 
Liverpool juga telah menyatakan minat terhadap pemain bernilai £25 juta itu, manakala Chelsea sudah lama mengaguminya.
 
Newcastle menafikan mereka akan menjual pemain bintang itu dalam perpindahan Januari, namun kelab mempunyai sejarah melakukannya begitu sahaja selepas Andy Carroll menyertai Liverpool pada awal tahun ini.

Monday 19 December 2011

ALEX TIDAK PERKECILKAN 5 KELAB


Sir Alex Ferguson mengakui tidak memperkecilkan prospek hadapi antara pertempuran kejuaraan Liga Perdana yang paling sukar.
 
Bos United, Ferguson berkata, "Saya tak memperkecilkannya. Anda juga. Ini akan menjadi sukar bagi semua orang. Anda boleh lihat ke hadapan dan menikmatinya jika anda sedang menang, tapi jika tak, anda akan sengsara selama beberapa hari. Anda hanya mahu menang."
 
"Itu akan menjadi perjalanan sukar untuk semua kelab. Jika anda mahu menang Liga, anda perlu pastikan anda tak kehilangan mata sebanyak seperti pasukan lain, itulah ceritanya tentang separuh kedua musim ini nanti."
 
"Dan kami ada banyak permainan yang sukar akan datang."
 
"Kami perlu ke Arsenal, Chelsea dan Eastlands, mereka ini akan jadi tiga perlawanan penting dalam separuh kedua musim ini."
 
"Mereka sentiasa akan menjadi permainan yang sukar dan anda tak boleh mengubahnya. Akan ada mata yang jatuh, itu pasti."
 
"Anda sering jangka kami, City, Chelsea dan Arsenal berada di sana, tapi Tottenham juga saya rasa pasukan yang mengagumkan, bermain bola sepak terbaik dalam Liga Perdana."
 
"Mereka pasti akan mencabar, terutama sekali apabila mereka keluar dari Liga Eropah. Itu pasti akan membantu mereka."

MAN U TUNGGU GAITAN


Nicolas Gaitan adalah nama yang Sir Alex Ferguson mahukan bagi menyelesaikan krisis midfielder Manchester United, namun dia perlu menunggu sehingga musim panas untuk mendaratkan bintang Benfica itu.
 
The Red Devils kekurangan kreativiti di bahagian tengah musim ini dan United telah membuka rundingan dengan Benfica mengenai perjanjian bernilai £29.3 juta untuk Gaitan.
 
Namun, kelab Portugal menjelaskan mereka tidak akan membenarkan pemain antarabangsa Argentina itu pergi pada Januari, ketika mereka masih berada di dalam Liga Juara-juara.
 
Ferguson akur tetapi masih mahu menandatangani Gaitan, 23, dan rundingan mengenai perjanjian tidak rasmi bagi perpindahan Jun nampaknya semakin hampir menemui kejayaan.
 
United juga dikhabarkan sedang mengatur tawaran untuk bek tengah Borussia Dortmund, Mats Hummels. 
 
Pemain antarabangsa Jerman itu boleh tiba di Old Trafford pada Januari, ketika Ferguson mahukan sokongan bagi Nemanja Vidic, yang akan terlepas baki musim akibat kecederaan.

Saturday 17 December 2011

MAN U SURUH JUVENTUS JGN USIK VALENCIA


Manchester United tidak mahu menerima mana-mana tawaran untuk Antonio Valencia dalam perpindahan Januari.

Juventus terdesak mahu merampas pemain sayap Ecuador, yang kini bergelut memberi impak bersama skuad utama musim ini berikutan ketibaan pembelian musim panas dari Aston Villa, Ashley Young.

Spekulasi bertambah setelah pemain hanya membuat tiga permulaan liga dalam kempen semasa, menyalakan khabar yang pemain bernilai £15 juta itu akan dibenarkan pergi apabila jendela dibuka.

Namun bos United, Sir Alex Ferguson memberitahu ejen pemain itu bahawa tiada peluang hal itu akan berlaku, kerana skuad telah dihadkan oleh kecederaan sembilan pemain senior.

Berdasarkan hal tersebut, ejennya iaitu Diego Herrera Larrea mendedahkan Valencia menerimanya ketika dia bertekad memenangi kembali tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Valencia sering bermain di posisi sayap United, dan berjaya memaksa Nani diketepikan musim lalu, menjadi pemain utama ketika pasukan mara ke Final Liga Juara-juara.

Friday 16 December 2011

REMAJA MAN U BUKA RUNDINGAN DGN INTER


Remaja Manchester United, Paul Pogba bersedia menolak Sir Alex Ferguson dan membuka rundingan kontrak dengan gergasi Itali, Inter Milan.
 
Remaja Perancis, yang dilihat sebagai antara bakat menyinar di bawah Fergie, tamat kontrak pada musim panas, bermakna dia boleh mempersetujui terma dengan kelab di luar England seawal Hari Tahun Baru.
 
Penasihat Pogba telah menguji pasaran untuknya dan Inter adalah kelab yang paling berminat untuk mengambil kesempatan daripada kedudukannya.
 
Fergie berharap Pogba akan kekal di Old Trafford, yang mana dia telah beberapa kali meraih peluang skuad utama dan mengambil kesempatan bagi ketiadaan Darren Fletcher dan Anderson pada babak kedua kempen.
 
Namun, kem Pogba dan penasihatnya, yang turut mewakili tonggak Manchester City dan bekas striker Inter, Mario Balotelli, akan setuju untuk keluar.
 
Ferguson dijangka mengetepikan Pogba jika dia mahu komited bagi Inter, menyebabkan dia terkeluar daripada sisi bagi baki bulan-bulan terakhir dalam kontraknya.

Wednesday 14 December 2011

DEA GEA TAK PERLU DI PERSALAHKAN




Rio Ferdinand mempertahankan pemain muda Manchester United dan menegaskan, "Itu bukan salah mereka kami keluar daripada Liga Juara-juara."
 
"Memang benar tiada masa untuk pemain tidur di kelab seperti United ketika kami sentiasa di bawah perhatian umum. Tapi itu bukan alasan, kami semua pernah melaluinya," kata Ferdinand.
 
"Saya ke sini ketika berusia 23 tahun dan saya ingat bahawa anda tiada banyak masa untuk duduk dan memikirkannya."
 
"Ini kumpulan pemain muda yang pengurus bawa masuk, yang mana lebih daripada sekadar mampu dalam menghasilkan kejayaan."
 
"Mereka tak boleh dipersoalkan bagi apa-apa jua yang berlaku di dalam kempen kelayakan ini. Kami menang dan tewas bersama-sama, itu ceritanya."
 
"Ini bukan disebabkan mana-mana individu atau generasi pemain yang tertentu. Ini untuk kami semua. Kami kembali selepas 2005 dan kami akan melakukannya lagi."
 
"Saya sentiasa menggalakkan pemain muda dan saya melakukan itu dengan David de Gea juga semasa di Basel."
 
"Anda tak akan jadi kelab seperti kami tanpa mempunyai keupayaan untuk kembali atau mempunyai kaliber pemain yang memiliki ciri-ciri yang betul dan mentaliti untuk kembali selepas kekecewaan."
 
"Kami telah berada di sini sebelum ini, selaku pemain dan kami akan melakukan apa yang kami sentiasa lakukan serta akan datang bersama-sama sebagai satu skuad dan keluar berjuang."

MAN U SIBUK PD MUSIM KRISMAS


Sir Alex Ferguson tahu dia akan perlu menggunakan kedalaman penuh skuad Manchester United sepanjang tempoh sibuk Krismas.
 
United seterusnya akan bertemu QPR di London pada hari Ahad, yang pertama daripada lima perlawanan dalam 18 hari sebelum aksi Piala FA mereka dengan Manchester City pada 8 Januari.
 
Ferguson akan tanpa nama-nama seperti Nemanja Vidic, Javier Hernandez, Michael Owen, Tom Cleverley, Anderson, Rafael dan Fabio ketika juara Liga Perdana menghampiri jangka penting permainan.
 
"Kami mendapat aksi Boxing Day dan aksi Tirai Tahun Baru, ini akan menjadi tempoh sibuk dan itu berlaku ketika skuad benar-benar dalam kesukaran," kata bos United.
 
Walaupun dengan senarai panjang bagi kecederaan pemain, Ferguson meredakan kemungkinan membawa pemain baru pada Januari. namun, bekas midfielder, Nicky Butt berpendapat dia harus mempertimbang semula.
 
"Setiap pasukan boleh bertambah baik, tak kira siapa mereka," kata Butt.
 
"Malah Barcelona boleh berkembang, jadi saya pasti Sir Alex akan menandatangani pemain, sama ada di bahagian tengah, pertahanan atau barisan serangan. Dia sentiasa melihat untuk meningkatkan skuadnya."

Tuesday 13 December 2011

RED PROJECT DI MALAYSIA


Manchester United dan Aon melancarkan produk insurans kelab yang pertama di Malaysia iaitu Red Protect, yang ditaja jamin oleh ACE Synergy Insurance Berhad.
 
Tidak dinafikan Manchester United kelab bola sepak terbesar dan paling popular di dunia dengan berjuta-juta peminat tersebar ke seluruh dunia dengan rangkaian peminat turut berkembang di Asia. Popularitinya di rantau ini diperkukuhkan melalui semasa Jelajah Asia pasukan pada 2009, yang mana berjuta-juta peminat di Asia terpesona dan tertarik kepada 'magis' Kelab Manchester United.
 
Memandangkan saiz peminat Di Malaysia, Manchester United telah memutuskan memberi ganjaran kepada peminat setia mereka dengan pelancaran Kempen Red Protect yang pertama di negara ini.
 
Bagi mempromosikan tawaran, Pengarah komersil United, Richard Arnold berkata, "Red Protect satu contoh yang hebat bagi cara yang kita suka dalam membangunkan perkongsian komersial yang ada. Hubungan dengan Aon sangat baik dan pelancaran ini produk yang ditaja jamin oleh ACE Synergy Insurance Berhad (ACE Insurans) merupakan buktinya."
 
"Malaysia negara yang sangat penting untuk United. Kami tahu berdasarkan lawatan ke sana beberapa tahun lalu, minat dan komitmennya wujud. Pelancaran Red Protect membolehkan kami memulakan hubungan secara langsung dengan para peminat, yang mana penting bagi strategi kami pada masa hadapan."
 
Sasaran utama kempen ini adalah penyokong Manchester United yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mempunyai kad kredit yang sah. Syarat kempen ini sangat mudah. Semua peminat perlu mendaftar di www.redprotect.my dan jawab beberapa soalan trivia pelbagai pilihan mengenai Manchester United dan jelaskan kenapa mereka layak dihantar ke Old Trafford. Selepas itu, mereka akan layak mengambil bahagian dalam peraduan "Gores & Menang Pasti" secara online.
 
Peminat tersebut akan menerima pakej perlindungan peribadi Red Protect percuma selama dua bulan bernilai RM 5,000 atau barangan rasmi Manchester United atau kedua-duanya. Ini kemudiannya akan melayakkan peserta berpeluang memenangi Hadiah Utama dua tiket penerbangan pergi balik dan penginapan untuk melihat Manchester United menentang Everton pada 21 April 2012 di Old Trafford.

Sunday 11 December 2011

ROONEY DAPAT DISKAUN


Wayne Rooney boleh menarik nafas lega selepas Uefa setuju mengurangkan penggantungannya di Kejohanan Eropah 2012 kepada dua perlawanan.

Pengarah urusan kelab England, Adrian Bevington memberitahu wartawan di Nyon: 'Ia hasil yang positif, Wayne dan Fabio sangat gembira. Wayne kini akan kembali pulang ke Manchester, mereka berdua sangat berpuas hati bahawa mereka ada perbicaraan yang adil.

'Wayne sentiasa menyatakan yang beliau akur ia adalah kesalahan kad merah dan kami sangat gembira dengan keputusannya.

'Kami tiba dengan kemungkinan Wayne Rooney terlepas keseluruhan perlawanan peringkat kumpulan jadi untuk memiliki khidmatnya di perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ukraine adalah keputusan yang positif untuk kami dan juga Wayne Rooney.'

Pengurus England, Fabio Capello kini pasti akan menyenaraikan pemain berusia 26 tahun itu dalam skuad akhirnya untuk kejohanan musim panas di Poland dan Ukraine, selepas pada mulanya dipersoalkan sama ada mahu membawanya jika penggantungan penuh ditarik semula.

Saturday 10 December 2011

MAN U RUGI 20JUTA


Penyingkiran Manchester United dari Liga Juara-juara akan mendatangkan kerugian mereka sehingga  £20 juta.

32 pasukan yang bertanding di peringkat kumpulan kejohanan ini berkongsi “kawah pasaran” sebanyak £300 juta dalam bentuk wang penyiaran TV.

Ia dibahagikan menggunakan formula berdasarkan pencapaian domestik musim sebelumnya dan kemaraan dalam kempen Eropah musim ini.

Untuk itu, United paling tidak akan memperolehi pendapatan sekitar £20 juta.

Memenangi Liga Eropah akan menghasilkan wang kemenangan sekitar £3.8 juta – jumlah yang amat kecil berbanding Liga Juara-juara yang lebih lumayan.

Sebagai perbandingan, sampai ke pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara sahaja akan menjamin United memperolehi £2.5 juta.

Sejumlah £2.8 juta lagi akan dimiliki jika mereka sampai ke suku akhir dan £3.6 juta lagi untuk separuh akhir.

Pasukan yang tewas di final di Munich pada Mei tahun hadapan akan menerima £4.8 juta dan juara kejohanan sebanyak £7.75 juta.

VIDIC REHAT SAMPAI HABIS MUSIM


Nemanja Vidic tidak akan beraksi hingga ke penghujung musim ini.

Kapten Manchester United itu terpaksa bertongkat untuk pulang selepas pasukannya tersingkir dari Liga Juara-juara menentang Basel.

Kem United semakin bimbang bahawa beliau akan diketepikan sehingga sekurang-kurangnya bulan April nanti.

Ia berita mengecewakan buat United, yang mencatatkan enam perlawanan tanpa bolos dari lapan perlawanan dengan Vidic berada dalam pasukan sejak kepulangannya dari kecederaan betis.

Bintang Serbia itu akan menjalani imbasan untuk menilai tahap kecederaan sebenarnya.

Namun pengurus pasukan, Alex Ferguson tidak berapa optimis selepas perlawanan.

Vidic telah digantikan dengan Jonny Evans apabila United ditunjukkan jalan keluar dari Liga Juara-juara di peringkat kumpulan buat kali kedua sejak tahun 1994.

Mereka kini di Liga Eropah bersama Manchester City untuk kali pertama dalam sejarah mereka.

Friday 9 December 2011

ALEX SALAHKAN KEBODOHAN SERI DI TEMPAT SENDIRI


Bos Manchester United, Sir Alex Ferguson kecewa dan terkejut ketika dia melihat pasukannya tersingkir dari Liga Juara-Juara dalam kekalahan 2-1 kepada Basel.
 
Kemenangan kelab Switzerland itu bermakna The Red Devils selesai di tempat ketiga Kumpulan C dan turun ke Liga Eropah, kali pertama mereka gagal pada peringkat kumpulan Liga Juara-juara dalam tempoh enam musim.
 
Ferguson menjelaskan aksi seri di tempat sendiri kepada Basel sebagai saat yang United boleh lihat kembali dan menyesal ketika dalam kumpulan itu.
 
Aksi itu tentunya diingati, mendahului 2-0 tetapi membenarkan The Swisskembali dan meraih keputusan seri 3-3 yang sensasi di Old Trafford.
 
"Saya fikir keputusan bertemu Basel di tempat sendiri merupakan punca bagi segalanya," Sir Alex memberitahu pihak media selepas perlawanan.
 
"Itulah yang sepatutnya kami salahkan dan melabelkannya sebagai bodoh. Kami mempersia-sia malam itu, yang mana satu kecuaian. Kami mendahului 2-0 dan mungkin menjadikannya 5-0, jadi kami hanya perlu salahkan diri sendiri bagi aspek itu."

VIDIC CEDERA MAN U TAMBAH SENGSARA


Kesengsaraan Manchester United bagi terkeluar Liga Juara-juara mereka di tangan Basel pada hari Rabu telah diburukkan lagi dengan kecederaan bek, Nemanja Vidic.
 
Warga Serbia itu diusung keluar akibat kecederaan lutut selepas bertembung dengan striker Basel, Marco Streller sebelum waktu rehat.
 
"Kami tak tahu situasi Vidic," pengurus, Alex Ferguson memberitahu media. "Itu tentunya ligamen medial tetapi diharapkan hanya itu saja."
 
Vidic nampaknya akan melanjutkan tempoh diketepikan setelah terlepas minggu pembukaan musim ini bersama United, yang mana telah dibelenggu kecederaan baru-baru ini.

EVRA MALU BERAKSI DI LIGA EUROPA


Patrice Evra mengakui pemain Manchester United 'malu' terpaksa beraksi di Liga Europa selepas penyingkiran memalukan mereka dari Liga Juara-juara.
 
United gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-juara buat kali pertama sejak 2005, dengan Evra mengakui para pemain Sir Alex Ferguson telah tidak ‘profesional' dalam pertandingan itu musim ini.
 
Anak buah Ferguson memerlukan hanya satu mata menentang Basel namun kekalahan kepada juara Switzerland itu menyebabkan United tersingkir awal dan dipaksa beraksi di Liga Europa buat kali pertama.
 
"Ia memalukan untuk beraksi di Liga Europa," kata Evra. "Tapi kami layak terima apa yang terjadi kepada kami. Kami layak disingkirkan."
 
"Dengan cara kami bermain dalam pertandingan ini, kami layak untuk bermain pada hari Khamis dan Ahad bermula dari sekarang."
 
"Kami harus jujur dan katakan kami tak profesional dari awal pertandingan ini."
 
"Tapi saya tak tahu mengapa. Mungkin satu atau dua daripada kami harus lihat pada cermin dan katakan kami harus lakukan lebih baik dari ini."

Wednesday 7 December 2011

ROONEY DI KETEPIKAN



Pengurus England, Fabio Capello mungkin memilih untuk tidak mengambil Wayne Rooney bagi Euro 2012, yang mana bergantung kepada keputusan rayuan penggantungannya.
 
Bos warga Itali menjelaskan, "Saya perlu menunggu. Saya perlu tunggu dan lihat bagaimana rayuan itu minggu ini."
 
"Saya harap Rooney akan hadir. Laranga tiga perlawanan itu keterlaluan bagi saya dan saya berharap rayuan akan bantu kami mengurangkan hukuman. Saya harap dia akan ada untuk perlawanan ketiga."
 
Satu perkara yang Capello pentingkan adalah asas latihan pasukan, dengan England bakal berpegang pada pelan asal menggunakan Krakow, Poland, walau perlu bergerak lebih 4,000 kilometer untuk aksi peringkat kumpulan di Ukraine.
 
"Saya gembira dengan Krakow," kata Capello.
 
"Apabila kami bermain di Ukraine, kami tiba sehari sebelum. Itu satu perjalanan yang jauh dari London."
 
"Apabila kita menentang Montenegro, kami melakukan perkara yang sama. Saya lebih suka bermain di Krakow bagi kemudahan yang benar-benar baik. Pemain akan gembira dengan hotel dan latihan."

MANA AJA BOLEH MAIN


Phil Jones sanggup bermain di mana-mana posisi untuk Manchester United.
 
Permata England berusia 19 tahun ini telah bermain sebagai bek kanan, bek tengah dan midfielder tengah untuk the Red Devils musim ini.
 
Dan beliau berkata: "Saya gembira bermain di mana saja. Saya gembira bermainjadi di mana saja saya disuruh bermain, saya akan bermain."
 
"Jika pengurus suruh saya bermain sebagai bek kanan atau midfield, saya akan melakukannya."
 
"Saya tak fikir ia sesuatu yang begitu penting ketika ini untuk saya mengukuhkan kedudukan saya dalam posisi tertentu kerana saya masih muda."
 
"Harapnya, ketika karier saya berkembang, ia akan menjadi kenyataan."
 
Jones menjaringkan gol pertamanya untuk United semasa kemenangan 1-0 di Aston Villa malam Sabtu lalu.

Tuesday 6 December 2011

MALAM PENTING MAN U


Andres Lindegaard berkata barisan pertahanan 'menakutkan' Manchester United akan menyaksikan mereka melalui peringkat kalah mati Liga Juara-juara.
 
Dia berkata, "Bek kami bertaraf dunia semasa menentang Aston Villa."
 
"Vidic dan Ferdinand menunjukkan mereka benar-benar pemain bertaraf dunia."
 
"Kualiti yang kami tunjukkan di pertahanan sejak permainan Manchester City telah begitu menakutkan."
 
Lindegaard menganggap persaingan sengit untuk peranan bek tengah United menjadi rahsia sebalik kebangkitan pasukan, dengan Phil Jones dan Chris Smalling bersaing dengan Vidic dan Ferdinand.
 
Dia mendedahkan, "Persaingan bagi dua posisi itu begitumengagumkan."
 
"Ada empat atau lima pemain yang boleh bermain dalam posisi itu."
 
"Saya sudah katakan bahawa kami mempunyai beberapa pemain pertahanan bertaraf dunia seperti Rio dan Nemanja, tetapi Phil Jones dan Chris Smalling juga bersedia untuk mengisi peranan mereka.