Friday, 20 January 2012

RIO CEDERA


Rio Ferdinand diragui untuk pertembungan Manchester United menentang Arsenal Ahad nanti selepas dia mengalami gegaran hujung minggu lalu.
 
Bek United tersebut perlu lulus beberapa siri ujian ketat oleh jabatan perubatan kelab minggu ini bagi menyertai aksi di Emirates.
 
Ferdinand menulis di Twitter bahawa 'dia tidak ingat' apa yang berlaku semasa United menang 3-0 ke atas Bolton di Old Trafford Sabtu lepas.
 
Dia juga mengakui alami gegaran, yang berdasarkan peraturan FA sebelum ini, dia secara automatik terlepas tempoh 10 hari yang berikutnya.
 
Namun FA telah melonggarkan garis panduan dan Ferdinand, 33, kini akan menjalani pemeriksaan perubatan lanjut.
 
Pengurus United, Sir Alex Ferguson bergantung harap kepada pemain bek berpengalamannya itu dalam pemburuan gelaran selepas kehilangan kapten, Nemanja Vidic akibat kecederaan lutut jangka panjang.

No comments:

Post a Comment