Wednesday 30 November 2011

TRANSFER NEWS:SAMI KHEDIRA

SAMI KHEDIRA JADI BURUAN EROPAH
semi khedira di kaitkan dalam plan boss the red devil musim sejuk ini,pemain ini sentiasa memanaskan bangku duduk di real madrid,kita harap semi khedira akan menyarung jersi man u pada januari ini.

BRUCE BAKAL MINTA BANTUAN ALEX

PENGURUS SUNDERLAND
Steve Bruce sedang mempertimbangkan beralih kepada Sir Alex Ferguson sekali lagi ketika dia bergelut mahu menyelamatkan kerjanya dengan mengambil remaja Manchester United, Robbie Brady secara pinjaman.
 
Pemain berusia 19 tahun itu menyertai Hull secara pinjaman enam bulan pada Julai dan meraih sambutan hangat di Liga Kejohanan. Bos United mahu pemain sayap Republik Ireland bawah-21 tersebut meneruskan pembangunannya.
 
Bruce, yang berjumpa Ellis Short bagi rundingan minggu ini, yang mana dia akan cuba meyakinkan pemilik bahawa dia boleh membimbing kelab itu, percaya Brady akan menyuntik semangat ke dalam serangannya. Bruce membeli Wes Brown dan John O'Shea dari United pada musim panas.
 
United mahu memberi ganjaran kepada Brady dengan kontrak yang lebih baik apabila perjanjian semasanya berakhir pada musim panas akan datang.
 
Sunderland juga telah menyaksikan pemain sayap Galatasaray, Albert Riera, 29. Pemantau United kini menilai midfielder Borussia Dortmund berusia 19 tahun, Mario Gotze, bek kiri Schalke, Fuchs Kristian, 25, dan striker Atalanta, Manolo Gabbiadini, 19.

CARLING:MAN U 1-2 Crystal Palace

the red devil tewas dilaman sendiri dengan kelab divisyen 2.perlawanan yang amat sengit antara man u dan crystal palace,dengan kekalahan ini man u telah tersingkir dari carling cup,tak dapat juga menjelang piala carling,bagi bos man u,dia meminta maaf kepada penyokong kerana ini bukanlah betul2 man u performance dia sangat kecewa atas kekalahan the red devil.

EX THE RED DEVIL:DAVID BEKHAM"MAN CITY TAK LEH MENANG LIGA

David Beckham menafikan peluang Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama musim ini.
 
Meskipun mendahului lima mata mengatasi kelab lamanya, Manchester United, Becks berkata: “Saya tak rasa City ada peluang.”
 
City memperkuatkan reputasi selaku pencabar utama kejuaraan liga dengan membelasah United 6-1 di Old Trafford.
 
Tapi Beckham menambah: “Musim ini mereka ada pasukan yang bagus dan beberapa pemain yang bagus tapi United lebih berpengalaman dan tahu bagaimana untuk memenangi kejohanan liga.”
 
Bekas kapten England itu bercakap dari Indonesia di mana beliau sedang mengadakan jelajah bersama  LA Galaxy.
 
Kontraknya bersama kelab MLS itu akan berakhir tidak lama lagi dan disebut-sebut bakal membuat perpindahan lumayan ke Paris Saint-Germain.
 
Namun pemain berusia 36 tahun itu tenang bercakap tentang perancangan masa depannya dan hanya berkata: “Saya ada keputusan besar perlu dilakukan.”

VIDIC:LIMA MATA TAK BANYAK

Nemanja Vidic menegaskan tiada siapa yang telah menekan butang panik di Old Trafford berhubung kelebihan lima mata Manchester City di puncak carta liga.
Kapten Manchester United berkata, "Apabila anda lihat di carta, kami jelas semakin hampir."
"Tapi tiada siapa dalam pasukan yang panik. Ada lebih separuh daripada musim yang tinggal untuk bermain."
"Kami ada pelbagai jenis bakat, pengalaman dan keinginan dalam skuad ini, sudah tentu cukup bagi memenangi liga sekali lagi."
United hanya bolos satu gol dalam enam perlawanan sejak hadirnya kembali Vidic ke barisan pertahanan dalam pertengahan Oktober.
Warga Serbia, 30, berkata, "Saya berlatih dengan baik. Saya rasa hampir dengan prestasi terbaik."

ALEX DEDAH PEMAIN SIMPANAN

Alex Ferguson akan menggunakan aksi suku akhir Piala Liga menentang Crystal Palace awal pagi ini sebagai medan pendedahan.
Ferguson dijangka akan menurunkan skuad simpanan bagi membuktikan kepada peminat bahawa barisan pemain ini merupakan skuad masa depan meskipun United gagal memenangi dua perlawanan terakhir.
Ketika ini, United sedang bergelut untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati dalam kempen Liga Juara- Juara selepas gagal menewaskan Benfica pada perlawanan terakhir.
Skuad The Red Devils turut mencatat keputusan seri 1-1 dengan Newcastle United pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu.
Begitupun, Ferguson berhasrat untuk merehatkan bari- san pemain utama dan memberikan kepercayaan kepada skuad remaja United untuk mara separuh akhir Piala Liga.
Wayne Rooney, Javier Hernandez dan Nani pula yang diturunkan ketika menentang Newcastle sebelum ini mungkin akan diturunkan untuk menentang Aston Villa, Sabtu ini.
Sebaliknya, Paul Pogba, 18, akan digandingkan bersama rakan skuad remaja, Ravel Morrison di bahagian tengah.
Pertahanan England, Chris Smalling yang baru pulih daripada kecederaan kaki bakal beraksi bersama skuad senior, manakala Mame Biram Diouf dan Federico Macheda juga akan ditampilkan kali ini.
"Akan ada perubahan yang besar dalam pasukan," kata Ferguson.
"Chris Smalling sudah kembali dan saya boleh menurunkannya. Dia masih muda dan Palace akan menen- tang skuad remaja kami.
"Apa yang menjadi masalah sekarang adalah di bahagian tengah pasukan. Saya mungkin boleh menurunkan Pogba tetapi saya akan lihat dahulu.
"Yang pastinya, saya masih mempunyai ramai pemain untuk dipilih," katanya.

Tuesday 29 November 2011

TAK PAYAH NAK INGAT DAAA PASAL YANG LEPAS

Patrice Evra berkata Manchester United harus melupakan kekecewaan mereka selepas keputusan penalti kontroversi menyaksikan mereka melepaskan dua mata di tempat sendiri menentang Newcastle.
 
Pengadil, Mike Jones menganugerahkan penalti hasil nasihat kurang tepat penjaga garisan, John Flynn, selepas Rio Ferdinand jelas memenangi bola ketika membuat terjahan terhadap Hatem Ben Arfa.
 
Evra di antara mereka yang jelas tidak berpuas hati dengan Jones selepas gol penyamaan Demba Ba. Namun, bek tepi itu mengakui rakan sepasukannya harus mengkaji lebih mendalam tentang kesilapan mereka sendiri.
 
"Pengadil ambil tanggungjawab. Dia pergi ke penjaga garisan. Dia berkata, 'Adakah anda pasti?'" dakwa Evra.
 
"Dia kata dia pasti ianya penalti jadi pengadil percayakan penolongnya. Apa lagi yang boleh anda katakan tentang itu?"
 
"Tapi kami harus lebih fokus terhadap peluang yang kami terlepas kerana kami sepatutnya boleh menang perlawanan sebelum itu."
 
"Jika kami mahu menang liga, kami harus jaringkan lebih banyak gol. Menentang Arsenal kami cipta lapan peluang dan jaringkan lapan gol. Dalam perlawanan ini kami cipta tujuh dan cuma jaringkan satu."

Monday 28 November 2011

ALEX:TAK BOLEH GAGAL DI BASEL APA SEKALI PUN



Manchester United bagaikan perlu mendaki banjaran Alps di Switzerland bagi mengelakkan kemungkinan bencana di Liga Juara-juara.
 
United tidak boleh kalah di Basel pada 7 Disember ini bagi memastikan mereka tidak tersingkir ke saingan Liga Eropah.
 
Namun walaupun berjaya melepasi Kumpulan C, hampir pasti di tempat kedua – pasukan besar seperti Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich akan menanti mereka di pusingan kalah mati.
 
Alex Ferguson yang kecewa berkata: "Sudah tentu ia makin sukar. Tapi mungkin juga perlawanan yang lebih penting sesuai dengan kami."
 
"Ia adalah peluang untuk menentang Inter Milan, Barcelona, Real Madrid atau Bayern Munich, anda perlu fikir cara begini."
 
Benfica telah pun layak, bersama dengan Real, Inter, Bayern dan Barcelona.

ROONEY:GILA LAH PECAT AVB

Wayne Rooney mengkritik gesaan supaya pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas dipecat.

Bintang Manchester United itu merujuk kepada pengurusnya yang lama berkhidmat, Alex Ferguson.

Rooney berkata: "Ada ramai orang berkata dia akan dipecat, bahawa Chelsea harus lakukan satu lagi perubahan.

"Semua itu tak perlu, saya melihat ia tiada gunanya.

"Saya akui saya terkejut dengan masalah Chelsea kerana sejak beberapa tahun lepas mereka sentiasa nampak mantap, susah untuk menjaringkan gol bertemu mereka dan sangat susah untuk dikalahkan.

"Musim ini bukan itu keadaannya tapi mereka membeli pengurus baru dan permainan cara baru memerlukan masa untuk disesuaikan. 

"Lihat Manchester United yang meraikan kejayaan 25 tahun di bawah Sir Alex dan lihat Arsene Wenger di Arsenal dan David Moyes di Everton.

"Sepuluh tahun dan lebih kestabilan dan konsistensi diperlukan di sini. Jadi pada saya pilihan terbaik ialah untuk terus yakin dan percaya dengan pengurus anda."

Sunday 27 November 2011

TAK NAK BELANJA JANUARI INI:ALEX

Sir Alex Ferguson mempertahankan pemain Manchester Unitednya dan mendakwa mereka tidaklah seteruk seperti yang dikritik.

“Kami taklah seteruk seperti yang dikritik orang ketika ini,” kata pengurus Scotland ini. “Saya fikir kami okay, kami ada skuad yang kuat.”

“Memang amat mudah untuk kata anda akan membeli pemain tapi bukan mudah membeli pemain untuk  Manchester United – khususnya di bulan Januari,” kata Ferguson.

“Dan saya tak nampak mana-mana pemain yang boleh menjadikan kami pasukan yang lebih baik berbanding pemain yang memang sedia ada. 

“Saya pilih dua atau tiga pemain yang saya mahukan di kelab ini tapi mereka bukan untuk dijual jadi tiada gunanya untuk meneruskannya.”

KALAH MATI

Darren Fletcher telah mengakui Manchester United berdepan dengan kemungkinan penyingkiran memalukan dari Liga Juara-juara.

Midfielder, Fletcher mengakui United perlu menyalahkan diri sendiri atas kesukaran mereka, namun berkata mereka akan memberi respon dengan cara yang betul kepada cabaran yang sedang dihadapi.

"Perlawanan ini [menentang Benfica] merupakan peluang untuk menang kumpulan, namun ia akan jadi cabaran besar untuk lakukannya sekarang," kata warga Scot itu. "Kami akan perlukan pertolongan.

"Kami akan ke Basel perlukan keputusan positif, yang mungkin memang kami perlu lakukan pun jika kami menang [lawan Benfica], jadi tiada perbezaan dari segi itu.

"Namun anda mahu menang kumpulan dan anda mahu mara sebelum perlawanan terakhir anda."

Mengesahkan mata yang mereka perlukan pada 7 Disember bukan cabaran mudah buat United.

Juara Swiss itu memberi anak buah Ferguson ketakutan besar di Old Trafford pada September, apabila mereka bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mendahului 3-2 sebelum gol pada minit ke-90 oleh Ashley Young menyelamatkan satu mata buat United.

JOHN OSHEA MAHU HADAPI MAN U


John O'Shea mahu memupuk semangat kemenangan Manchester United ke dalam skuad Sunderland.


Bek warga Ireland itu kini telah beralih kehidupan daripada puncak Liga Perdana Inggeris ke kedudukan bergelut di bawah bersama Black Cats.


Kelab di tangga ke-15 Steve Bruce bakal bertemu Wigan di tempat sendiri hari ini, yang mana lawan mereka terdesak memerlukan tiga mata bagi melegakan tekanan.


O'Shea, 30, berkata, "Sembilan daripada 10, kami menang di United. Itu tak menjadi kes untuk kebanyakan kelab, namun apa yang perlu kami lakukan adalah mendapatkan mentaliti yang seimbang."


"Mendekati setiap aksi dengan cara yang sama, sedia dengan baik dan kami akan OK. Jika kami meneruskannya, kami akan memenangi lebih banyak permainan berbanding tewas."

FERGIE: RIO GAGAH LAGI

RIO TANPA BAJU
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menegaskan Rio Ferdinand masih mempunyai masa depan di Old Trafford.

"Saya tak terfikir melepaskan Rio pergi," kata Ferguson. "Dia ada peranan untuk dimainkan. Dia berpengalaman dan seorang watak besar di dalam bilik persalinan kami."

"Para pemain percaya dengannya, jadi dia akan teruskan. Dia boleh bermain untuk beberapa tahun lagi, agak mudah."

"Kami telah membina pasukan bagi persediaan menghadapi ketiadaan Gary Neville dan Rio, itu fakta. Kami perlu pandang ke hadapan dan itu tak salah. Tetapi tak bermakna Rio kini hanya menunggu penamat karier bola sepaknya."

"Dia pemain yang baik untuk kami, penting bagi saya menjelaskan kedudukannya. Hakikatnya dia tak sepantas seperti lima tahun yang lalu."

"Itu berlaku. Orang akan kehilangan kepantasan mereka. Tapi dia selaraskan permainan dan telah mencipta prestasi memberangsangkan sejak itu."

Nicolas Gaitan tolak MUFC




Playmaker Benfica, Nicolas Gaitan menafikan laporan yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan sensasi ke Manchester United, menegaskan dia gembira di Portugal.

Gaitan, 23, mungkin membawa nilai yuran sebesar £40 juta tetapi kekal selaku sasaran Januari bagi pasukan Sir Alex Ferguson, yang terdesak mendapatkan sentuhan kreatif di bahagian tengah.

Pemain antarabangsa Argentina itu telah dua kali memberi aksi mengagumkan menentang United musim ini di dalam Liga Juara-juara, membantu skuadnya seri di tempat sendiri dan di tempat lawan.

Namun, warga Amerika Selatan menegaskan mana-mana rundingan hanya spekulasi semata-mata dan dia tak akan membenarkan hal itu mengganggu perhatiannya.
 
Dia berkata, "Manchester? Saya fokus dengan Benfica buat masa ini. Saya amat gembira berada di sini dengan pasukan yang berjuang untuk memenangi gelaran penting."

"Tentang masa depan saya, saya hanya akan katakan saya dah tandatangani perjanjian dengan Benfica dan tiada siapa yang beritahu saya bahawa keadaan akan berubah. Buat masa ini, saya akan kekal dengan Benfica."

GOSIP PERPINDAHAN PEMAIN : ricky van wolfswinkel

ricky van wolfswinkel

Penyerang muda Belanda yang berpengkalan di Portugal bersama kelab Sporting CP kini menjadi buruan kelab terkemuka di Eropah ekoran prestasi yang kian meningkat telah ditunjukkan.Pemain yang telah menjaringkan 48 gol secara keseluruhannya bersama kelab mahupun negaranya kini dikatakan sedang diperhatikan oleh Sir Alex secara serius serta mendapat tawaran dari kelab tetangga iaitu Chelsea dengan jumlah tawaran 11juta Pound.

MANU DI KECEWAKAN OLEH PENJAGA GARISAN

PATRICK EVRA DICABAR OLEH BEKAS PEMAIN  MU "OBERTON

Penjaga garisan umpama neraka buat MU apabila mempengaruhi pengadil perlawanan bagi menghadiahkan sepakan penalti kepada Newcastle apabila pertahanan kental MU Ferdinand menjatuhkan penyerang lawan Ben Arfa dan Ba mudah menewaskan De Geal dengan keputusan perlawanan berkesudahan dengan 1-1.

Penjaga garisan ini juga turut menafikan jaringan lewat permainan oleh Chicharito apabila mendakwa bola tersebut telahpon offsside. Dengan ini MU bakal dipintas oleh pasukan tangga ketiga liga iaitu Spurs yang hanya berbeza 2 mata dengan baki satu perlawanan.