Monday 27 February 2012

ALEX PLIH RAMAI SGT PEMAIN MUDA


Sir Alex Ferguson menerima tanggungjawab di atas kekalahan mengejut 2-1  Manchester United kepada  Ajax kerana perjudiannya meletakkan barisan pemain pertahanan muda yang memakan diri di Old Trafford.

Ia tidak memadai untuk menghalang United dari mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Liga Eropah dengan keputusan agregat 3-2 namun pengakuan Ferguson akan mencetuskan kebimbangan mengenai dua pemain - Phil Jones dan Chris Smalling – yang dipanggil mewakili skuad England. 

Dengan kembar Da Silva bermain di posisi bek di hadapan David de Gea, United memiliki purata umur 21 tahun di bahagian pertahanan.

Ferguson berkata: ‘Saya perlu menerima tanggungjawab kerana memilih pasukan dan terlalu ramai pemain muda di bahagian pertahanan. Ia adalah masalah besar dari segi pengalaman bahagian pertahanan. Ia risiko besar yang kami ambil. 

‘Ia peluang yang bagus untuk memberikan Jones dan Smalling satu perlawanan tapi kekurangan pengalaman mereka untuk mendorong dan mengetatkan perlawanan telah tertunjuk. Untuk perlawanan Eropah, ia risiko yang terlalu tinggi. Kami terselamat namun ia mendebarkan.’

Monday 13 February 2012

GAITAN PILIHAN MAN U


Nicolas Gaitan akan dibenarkan keluar Benfica musim panas ini, jika Manchester United atau Manchester City bersedia melayani harga £25 juta yang ditetapkan kelab Portugal itu.
 
Pemain antarabangsa Argentina itu telah dikaitkan dengan United dan Juventus semasa perpindahan Januari, namun tiada perjanjian telah dipersetujui.
 
City kini dipercayai berminat terhadap pemain berusia 23 tahun itu, dan wakil pendahulu Liga Perdana telah dikesan semasa kemenangan Benfica ke atas Maritimo.
 
Kelab yang berpangkalan di Lisbon, sebelum ini berkata mereka akan keberatan untuk berpisah dengan midfielder serangan, namun Presiden iaitu Luis Filipe Vieira, kini mendedahkan mereka terpaksa menjual beberapa bintang pada akhir musim.
 
"Penjualan pemain adalah keutamaan bagi Benfica, tapi hanya jika ia membantu kelab, "katanya.
 
"Sasaran kami adalah untuk dapatkan semula modal dan menjual pada harga sekitar 50 juta euro dalam musim panas nanti."

Saturday 11 February 2012

LIVERPOOL TAK LEH HAMBAT KAWE


Ryan Giggs memberi Liverpool amaran bahawa mereka tidak akan berjaya mendapatkan kembali gelaran mereka.
 
Semasa Giggs, 38, membuat debut Manchester United pada 1992, mereka masih 11 kejayaan kejohanan dibelakang kelab Anfield.
 
Sisi Kop kelihatan akan mencatat rekod kejayaan ke-18 ketika itu tetapi kini Giggs, yang hanya kurang dua perlawanan untuk mencapai aksi ke-900 bersama United, telahpun 12 kali memenangi gelaran Liga Perdana.
 
Kemenangan musim lalu menjadikan kejayaan ke-19 dalam gelaran liga buat kelab, yang akhirnya menewaskan rekod Liverpool.
 
Dan tonggak sayap, Giggs yakin bahawa pelawat ke Old Trafford hari ini tidak akan kembali ke zaman kegemilangan mereka.
 
Dia berkata, "Mereka kelab yang sama dengan kami dengan sejarah besar.Mereka kelab yang kami cuba kejar untuk sekian lama dan kini kami ada di depan mereka, cabaran kekal berada di hadapan."

CLEVERLY TURUN PDG


Midfielder Manchester United, Tom Cleverley dijangka kembali beraksi menentang Liverpool di perlawanan Liga Perdana Inggeris hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak bermain sejak kemenangan di Everton bulan Oktober tahun lepas kerana kecederaan buku lali.

Namun beliau berlatih tanpa masalah sepanjang minggu ini dan diketepikan semasa kekalahan kepada pasukan simpanan Manchester City hari Khamis lepas dan bakal berada di bangku simpanan untuk pertembungan dua musuh tradisi ini di Old Trafford.

Sementara itu, pemain pertahanan Chris Smalling dan Phil Jones tidak dijadualkan untuk diturunkan sehinggalah untuk perlawanan Liga Eropah di Ajax minggu hadapan.

LAGENDA MAN U N LIVERPOOL SERU BERBAIK


Manchester United dan Liverpool kini menyertai kuasa bagi meredakan ketegangan antara kedua-dua kelab menjelang pertarungan Sabtu ini.
 
Bek United, Patrice Evra dan striker Liverpool Luis Suarez dijangka berdepan satu sama lain di Old Trafford buat kali pertama sejak FA menghukum Suarez dengan penggantungan lapan perlawanan kerana didapati bersalah menghina Evra.
 
Berdasarkan situasi, legenda United dan legenda Liverpool, Sir Bobby Charlton dan Ian Callaghan merayu agar peminat kedua-dua pemain bertenang dalam temu bual yang akan disiarkan di program perlawanan nanti.
 
Harapan dari United dan Liverpool adalah inisiatif bersama antara Charlton dan Callaghan akan melihat beberapa cara bagi mengubah apa yang dianggap boleh menjadi lebih teruk daripada suasana biasa pada perlawanan.
 
Sebelum ini, Ferguson meletakkan namanya dalam surat kepada 5,300 peminat United yang berkunjung ke Anfield bagi aksi piala, menggesa mereka agar bersikap "positif", selepas peruntukan tiket dipotong.
 
United mengambil langkah yang sama menjelang pertemuan Sabtu ini, memotong peruntukan Liverpool kepada hampir satu pertiga menjadi 2,100 kerana keperluan pelayan tambahan dan pelan pengasingan.

Sunday 5 February 2012

POGBA MAU BERSAMA KAMI


Alex Ferguson yakin Paul Pogba akan menandatangani kontrak baru bersama  Manchester United.
 
Midfielder Pogba, 18, telah dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk kelab gergasi Itali,  Juventus.
 
Namun dia telah diberikan debut Liga Perdana Inggeris semasa kemenangan malam Selasa lepas ke atas Stoke.
 
Dan  Fergie mahu memastikan pemain Perancis itu tidak mengikuti langkah seorang lagi pemain muda berbakat pasukan Ravel Morrison yang telah meninggalkan Old Trafford.
 
Pengurus United itu menyatakan: "Pogba bermain dengan sangat baik."
 
"Pemain ini ada bakat hebat dan bentuk fizikal yang bagus untuk seorang pemain berusia 18 tahun. Anda sukar mempercayainya."
 
"Kami sedang membincangkan kontraknya ketika ini."
 
"Ia agak rumit buat masa ini kerana beliau telah beberapa kali menukar ejennya."
 
"Tapi pemain ini mahu kekal, yang itu jelas. Harapnya kami boleh menyelesaikannya segera."