Friday, 27 January 2012

MORRISON MAU 30K SMGGU


Ravel Morrison mengejutkan Manchester United dengan permintaan £30,000 seminggu, walaupun remaja itu hanya membuat tiga penampilan skuad utama setakat ini.
 
Sir Alex Ferguson menyatakan kegusaran terhadap pemain berbakat tetapi bermasalah yang berusia 18 tahun itu, menjelaskan bahawa permintaan tersebut sebagai 'tidak realistik'.
 
United menawarkan Morrison £12,000 seminggu, gaji yang menakjubkan buat seseorang yang begitu muda dan ketika pemain menafikan menolak tawaran baru, kini difahami mereka menemui jalan buntu. Tidak jelas sama ada permintaan gaji £30,000 seminggu itu termasuk dengan bonus.
 
Namun rundingan bersama ejen Morrison telah berlangsung dengan begitu teruk sehingga United memutuskan akan bersedia membenarkan dia pergi, walaupun dia dianggap sebagai pemain terbaik yang akan muncul menerusi akademi kelab itu.
 
Bermula dari Longsight di Manchester, Morrison membintangi skuad remaja United dalam Piala FA Belia dan telah dilabelkan sebagai Paul Scholes yang baru.

No comments:

Post a Comment