Friday, 6 January 2012

PERMINTAAN DEA GEA DI BUANG MENINGKAT


Ketika Peter Schmeichel mendengar bekas kelabnya, Manchester United mungkin menandatangani penjaga gol, Anders Lindegaard musim lalu, dia berasa pemain muda Denmark itu tidak bersedia untuk aksi skuad utama di Old Trafford.
 
"Tidak," kata Schmeichel. "Kami bercakap tentang Manchester United di sini. Anda boleh lihat pada bakat, anda boleh melihat pemain-pemain muda yang baik. Anda takkan mahu dia."
 
"Anda mahu seseorang yang boleh tampil dan memberi persembahan 80% permainan selaku pilihan penjaga gol No 1."
 
Lindegaard merupakan penjaga gol United yang mengumpul bahagiannya musim ini, bolos hanya satu gol dalam tujuh perlawanan untuk kelab barunya."
 
Warga Sepanyol, David de Gea awalnya dibeli sebagai penjaga gol No 1 baru United, kelihatan di bawah ancaman lebih besar berbanding sebelum ini.
 
Lindegaard dilihat yakin, kuat dan selamat manakala walaupun De Gea beberapa kali memberi aksi berkesan, dia kerap kelihatan tidak menentu. Walau bagaimanapun, warga Sepanyol itu telah memainkan 19 permainan, bolos 26 gol sepanjang jalan.
 
Terdapat teriakan mahukan De Gea pergi, mahu Ferguson untuk memberi Lindegaard aksi berterusan. Yang paling pelik tentang pemain darah Scandinavia itu musim ini adalah dua perkara. Dia langsung tidak bolos dalam kedua-dua perlawanan dan kemudian digugurkan pada aksiTahun Baru di tempat sendiri kepada Blackburn. Itu permainan yang mana De Gea menyumbang kesilapannya, melakukan gerakan yang akhirnya memberikan Grant Hanley menjaringkan gol kemenangan.

No comments:

Post a Comment