Friday, 13 January 2012

GIBSON SEDIA KE EVERTON


Everton semakin hampir menyelesaikan perpindahan harga murah £1 juta untuk midfielder  Manchester United, Darron Gibson.
 
Pengurus pasukan David Moyes ada bajet yang amat terhad namun terdesak menambah pemain dalam skuadnya yang dibelenggu masalah kecederaan dan melihat Gibson, 24, sebagai pemain yang boleh memperkuatkan pasukannya.
 
Pemain antarabangsa Republik Ireland itu bergelut untuk aksi dalam pasukan utama di Old Trafford dan ada masalah dengan pengurus Sir Alex Ferguson bulan lepas apabila beliau, Wayne Rooney dan Jonny Evans didenda kerana keluar berhibur malam di hari Boxing Day yang membuatkan mereka gagal cergas untuk berlatih dengan sepenuhnya pada keesokkan harinya.
 
Bagaimanapun, Moyes dikenali kerana berjaya mendapatkan hasil yang terbaik dari pemainnya dan yakin Gibson akan menghasilkan permainan terbaiknya dalam tahun-tahun mendatang. Beliau berharap dapat melunaskan perpindahan sebelum hujung minggu ini dan kemudian mencari pemain penyerang dan pertahanan untuk pasukannya. 

No comments:

Post a Comment