Friday, 13 January 2012

BARCA TIADA TANDINGAN


Alex Ferguson, yang jarang memberikan pujian kepada pasukan lain, kini memberikan pendapat positif tentang Barcelona dengan​berkata dia tidak fikir The Catalans akan gagal mempertahankan gelaran Liga Juara-juara.
 
"Kadang-kadang dalam bola sepak, anda perlu akur dan berkata, 'Mereka lebih baik daripada kita'," luah Ferguson.
 
"Ini bukan jenayah atau kelemahan, ini fakta. Mereka pasukan yang luar biasa," kata Ferguson, yang skuadnya tewas kepada Catalans dalam final Liga Juara-juara 2009 dan 2011.
 
"Saya tak fikir ada sesiapa yang akan rampas trofi itu daripada mereka tahun ini. Real Madrid mungkin hampir dengan mereka, "tambah Ferguson, yang pasukannya gagal mara ke peringkat 16 terakhir musim ini.
 
Ferguson juga memberikan pujian kepada striker Argentina, Messi.
 
"Pemain hebat boleh bermain di dalam mana-mana generasi, Lionel Messi boleh bermain pada era 1950-an, Alfredo Di Stefano boleh beraksi pada tempoh semasa, begitu juga Diego Maradona, (Johann) Cruyff dan Pele," katanya. "Messi berada dalam kategori itu."

No comments:

Post a Comment