Darren Fletcher telah mengambil alih peranan bimbingan Paul Scholes dalam pasukan simpanan Manchester United ketika dia pulih daripada masalah usus.
Fletcher, yang tidak bermain untuk United selama lebih dua bulan, membantu pengurus pasukan simpanan, Warren Joyce sehingga akhir musim ini ketika Sir Alex Ferguson mahu dia terlibat dengan kelab, walaupun dia tidak akan bermain lagi musim ini.
Fletcher diberitahu bahawa dia perlukan rehat yang lengkap, namun dia bergelut untuk kembali seperti sedia kala.
Midfielder Scotland tersebut tidak muncul untuk United sejak mereka seri 2-2 dengan Benfica dalam Liga Juara-juara di Old Trafford pada 22 November tahun lepas.
Walaupun dengan ketiadaannya, United menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak berada di bawah mana-mana tekanan untuk kembali beraksi dan digalakkan supaya mengambil peranan skuad simpanan Scholes awal bulan ini.
Ferguson juga menggesa pemain berusia 27 tahun itu untuk mengambil kursus kejurulatihan, malah dia terbang ke Sepanyol bagi menonton aksi Barcelona bertemu Real Madrid pada malam Rabu bagi meneruskan pelajarannya.
No comments:
Post a Comment