Ejen Dimitar Berbatov menegaskan striker Manchester United itu tidak akan ke mana-mana dalam perpindahan bulan ini.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson mendakwa kelab itu akan mengaktifkan klausa dalam kontrak striker, yang akan tamat akhir musim ini, serta bakal dilanjutkan kepada 12 bulan lagi.
Namun terdapat gosip bahawa sejumlah kelab, termasuk Bayern Munich dan Bayer Leverkusen, bersedia menguji penyelesaian United terhadap pemain berusia 30 tahun itu dengan tawaran sekitar £8 juta.
Walau bagaimanapun, ejen Berbatov iaitu Emile Danchev, berkata, "Saya selalunya tak mengulas mengenai spekulasi. Tapi satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ketika ini, perpindahan Berbatov ke kelab lain tiada di dalam agenda."
Leverkusen, yang telah menjual Berbatov ke Tottenham pada Julai 2006, mengesahkan mereka tidak berminat menandatangani semula bekas striker mereka itu.
Ketua Eksekutif Wolfgang, Holzhauser berkata, "Saya baca bahawa Dimitar terbang ke Frankfurt dan kami berada di sana bagi rundingan peralihan."
"Ini tak betul dan saya juga akan katakan kami tak mengejarnya untuk musim panas akan datang."
No comments:
Post a Comment