Patrice Evra berkata Manchester United harus melupakan kekecewaan mereka selepas keputusan penalti kontroversi menyaksikan mereka melepaskan dua mata di tempat sendiri menentang Newcastle.
Pengadil, Mike Jones menganugerahkan penalti hasil nasihat kurang tepat penjaga garisan, John Flynn, selepas Rio Ferdinand jelas memenangi bola ketika membuat terjahan terhadap Hatem Ben Arfa.
Evra di antara mereka yang jelas tidak berpuas hati dengan Jones selepas gol penyamaan Demba Ba. Namun, bek tepi itu mengakui rakan sepasukannya harus mengkaji lebih mendalam tentang kesilapan mereka sendiri.
"Pengadil ambil tanggungjawab. Dia pergi ke penjaga garisan. Dia berkata, 'Adakah anda pasti?'" dakwa Evra.
"Dia kata dia pasti ianya penalti jadi pengadil percayakan penolongnya. Apa lagi yang boleh anda katakan tentang itu?"
"Tapi kami harus lebih fokus terhadap peluang yang kami terlepas kerana kami sepatutnya boleh menang perlawanan sebelum itu."
"Jika kami mahu menang liga, kami harus jaringkan lebih banyak gol. Menentang Arsenal kami cipta lapan peluang dan jaringkan lapan gol. Dalam perlawanan ini kami cipta tujuh dan cuma jaringkan satu."
No comments:
Post a Comment