Monday, 28 November 2011

ALEX:TAK BOLEH GAGAL DI BASEL APA SEKALI PUN



Manchester United bagaikan perlu mendaki banjaran Alps di Switzerland bagi mengelakkan kemungkinan bencana di Liga Juara-juara.
 
United tidak boleh kalah di Basel pada 7 Disember ini bagi memastikan mereka tidak tersingkir ke saingan Liga Eropah.
 
Namun walaupun berjaya melepasi Kumpulan C, hampir pasti di tempat kedua – pasukan besar seperti Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich akan menanti mereka di pusingan kalah mati.
 
Alex Ferguson yang kecewa berkata: "Sudah tentu ia makin sukar. Tapi mungkin juga perlawanan yang lebih penting sesuai dengan kami."
 
"Ia adalah peluang untuk menentang Inter Milan, Barcelona, Real Madrid atau Bayern Munich, anda perlu fikir cara begini."
 
Benfica telah pun layak, bersama dengan Real, Inter, Bayern dan Barcelona.

No comments:

Post a Comment