Sunday, 27 November 2011

KALAH MATI

Darren Fletcher telah mengakui Manchester United berdepan dengan kemungkinan penyingkiran memalukan dari Liga Juara-juara.

Midfielder, Fletcher mengakui United perlu menyalahkan diri sendiri atas kesukaran mereka, namun berkata mereka akan memberi respon dengan cara yang betul kepada cabaran yang sedang dihadapi.

"Perlawanan ini [menentang Benfica] merupakan peluang untuk menang kumpulan, namun ia akan jadi cabaran besar untuk lakukannya sekarang," kata warga Scot itu. "Kami akan perlukan pertolongan.

"Kami akan ke Basel perlukan keputusan positif, yang mungkin memang kami perlu lakukan pun jika kami menang [lawan Benfica], jadi tiada perbezaan dari segi itu.

"Namun anda mahu menang kumpulan dan anda mahu mara sebelum perlawanan terakhir anda."

Mengesahkan mata yang mereka perlukan pada 7 Disember bukan cabaran mudah buat United.

Juara Swiss itu memberi anak buah Ferguson ketakutan besar di Old Trafford pada September, apabila mereka bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mendahului 3-2 sebelum gol pada minit ke-90 oleh Ashley Young menyelamatkan satu mata buat United.

No comments:

Post a Comment