Monday, 28 November 2011

ROONEY:GILA LAH PECAT AVB

Wayne Rooney mengkritik gesaan supaya pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas dipecat.

Bintang Manchester United itu merujuk kepada pengurusnya yang lama berkhidmat, Alex Ferguson.

Rooney berkata: "Ada ramai orang berkata dia akan dipecat, bahawa Chelsea harus lakukan satu lagi perubahan.

"Semua itu tak perlu, saya melihat ia tiada gunanya.

"Saya akui saya terkejut dengan masalah Chelsea kerana sejak beberapa tahun lepas mereka sentiasa nampak mantap, susah untuk menjaringkan gol bertemu mereka dan sangat susah untuk dikalahkan.

"Musim ini bukan itu keadaannya tapi mereka membeli pengurus baru dan permainan cara baru memerlukan masa untuk disesuaikan. 

"Lihat Manchester United yang meraikan kejayaan 25 tahun di bawah Sir Alex dan lihat Arsene Wenger di Arsenal dan David Moyes di Everton.

"Sepuluh tahun dan lebih kestabilan dan konsistensi diperlukan di sini. Jadi pada saya pilihan terbaik ialah untuk terus yakin dan percaya dengan pengurus anda."

No comments:

Post a Comment