
Sunday, 27 November 2011
JOHN OSHEA MAHU HADAPI MAN U
John O'Shea mahu memupuk semangat kemenangan Manchester United ke dalam skuad Sunderland.
Bek warga Ireland itu kini telah beralih kehidupan daripada puncak Liga Perdana Inggeris ke kedudukan bergelut di bawah bersama Black Cats.
Kelab di tangga ke-15 Steve Bruce bakal bertemu Wigan di tempat sendiri hari ini, yang mana lawan mereka terdesak memerlukan tiga mata bagi melegakan tekanan.
O'Shea, 30, berkata, "Sembilan daripada 10, kami menang di United. Itu tak menjadi kes untuk kebanyakan kelab, namun apa yang perlu kami lakukan adalah mendapatkan mentaliti yang seimbang."
"Mendekati setiap aksi dengan cara yang sama, sedia dengan baik dan kami akan OK. Jika kami meneruskannya, kami akan memenangi lebih banyak permainan berbanding tewas."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment