Manchester United dan Aon melancarkan produk insurans kelab yang pertama di Malaysia iaitu Red Protect, yang ditaja jamin oleh ACE Synergy Insurance Berhad.
Tidak dinafikan Manchester United kelab bola sepak terbesar dan paling popular di dunia dengan berjuta-juta peminat tersebar ke seluruh dunia dengan rangkaian peminat turut berkembang di Asia. Popularitinya di rantau ini diperkukuhkan melalui semasa Jelajah Asia pasukan pada 2009, yang mana berjuta-juta peminat di Asia terpesona dan tertarik kepada 'magis' Kelab Manchester United.
Memandangkan saiz peminat Di Malaysia, Manchester United telah memutuskan memberi ganjaran kepada peminat setia mereka dengan pelancaran Kempen Red Protect yang pertama di negara ini.
Bagi mempromosikan tawaran, Pengarah komersil United, Richard Arnold berkata, "Red Protect satu contoh yang hebat bagi cara yang kita suka dalam membangunkan perkongsian komersial yang ada. Hubungan dengan Aon sangat baik dan pelancaran ini produk yang ditaja jamin oleh ACE Synergy Insurance Berhad (ACE Insurans) merupakan buktinya."
"Malaysia negara yang sangat penting untuk United. Kami tahu berdasarkan lawatan ke sana beberapa tahun lalu, minat dan komitmennya wujud. Pelancaran Red Protect membolehkan kami memulakan hubungan secara langsung dengan para peminat, yang mana penting bagi strategi kami pada masa hadapan."
Sasaran utama kempen ini adalah penyokong Manchester United yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mempunyai kad kredit yang sah. Syarat kempen ini sangat mudah. Semua peminat perlu mendaftar di www.redprotect.my dan jawab beberapa soalan trivia pelbagai pilihan mengenai Manchester United dan jelaskan kenapa mereka layak dihantar ke Old Trafford. Selepas itu, mereka akan layak mengambil bahagian dalam peraduan "Gores & Menang Pasti" secara online.
Peminat tersebut akan menerima pakej perlindungan peribadi Red Protect percuma selama dua bulan bernilai RM 5,000 atau barangan rasmi Manchester United atau kedua-duanya. Ini kemudiannya akan melayakkan peserta berpeluang memenangi Hadiah Utama dua tiket penerbangan pergi balik dan penginapan untuk melihat Manchester United menentang Everton pada 21 April 2012 di Old Trafford.
No comments:
Post a Comment