![]() Pusingan ketiga Piala FA mencetuskan sensasi awal apabila City dan United bertarung dalam pertemuan setempat Manchester. Kedua-dua pasukan akan berentap di Etihad Stadium bulan hadapan untuk tempat ke pusingan keempat. United pasti akan mahu membalas dendam selepas dimalukan 6-1 di laman sendiri oleh jiran mereka di perlawananan Liga Perdana Inggeris musim ini. City menewaskan pemegang rekod juara Piala FA sebanyak 11 kali ini di separuh akhir kejohanan musim lepas sebelum mengakhiri kemarau trofi 35 tahun dengan kemenangan trofi di perlawanan akhir. Undian Pusingan Ketiga Piala FA ... Man City v Man United Bristol Rovers v Aston Villa Tottenham v Cheltenham Town Milton Keynes Dons v QPR Fulham v Charlton Birmingham v Wolves Norwich v Burnley Arsenal v Leeds Swindon v Wigan Barnsley v Swansea Chelmsford/Macclesfield v Bolton Newcastle v Blackburn Everton v Tamworth Liverpool v Southend/Oldham Gillingham v Stoke Chelsea v Portsmouth Peterborough v Sunderland West Bromwich v Cardiff *Perlawanan yang diadakan di hujung minggu 7/8 Januari hanya melibatkan pasukan LPI. Pertemuan City v United merupakan salah satu dari hanya dua pertembungan sesama kelab LPI – dengan Newcastle menjadi tuan rumah kepada Blackburn. Arsenal akan menantikan kunjungan kelab Liga Kejohanan, Leeds dalam mengulangi final 1972 manakala Blue Square Conference Tamworth memperolehi ganjaran kemenangan 2-1 mereka di pusingan kedua di Gateshead dengan trip perjalanan jarak jauh ke Everton. Bos Chelsea, Andre Villa-Boas akan merasa rencah Piala FA buat kali pertama dengan menjadi tuan rumah kepada kelab Liga Kejohanan, Portsmouth, yang menewaskan Cardiff di final 2008. |

Monday, 5 December 2011
MAN U & MAN CITY BERENTAP AWAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment