Sunday, 4 December 2011

CHICHARITO CEDERA


Manchester United telah menerima tamparan besar selepas Javier Hernandez diusung keluar sewaktu kemenangan 1-0 mereka di Aston Villa.
 
Striker Mexico itu dilihat terperosok butnya di atas padang, sebelum jatuh dalam kesakitan serius.
 
Staf kesihatan United merawat Hernandez sewaktu permainan tergendala empat minit di Villa Park, sebelum membalut kaki kiri pemain itu.
 
Bercakap selepas perlawanan, bos Alex Ferguson berkata: "Saya rasa ligamen di buku lalinya koyak, jadi dia mungkin akan diketepikan selama empat minggu."
 
Selain kecederaan terhadap Hernandez, Ferguson berpuas hati dengan keputusan tersebut, terutama persembahan penjaring gol, Phil Jones.
 
Dia berkata: "Kami layak menang. Kami kawal bola namun ada ketikanya kami membazir peluang di babak kedua."
 
"Villa Park adalah tempat sukar untuk dikunjungi. Phil Jones adalah seorang bek tengah semula jadi namun dia sangat versatil, dia mampu beraksi di tengah. Kami ada pilihan di mana Jones boleh beraksi di situ."

No comments:

Post a Comment