Nicolas Gaitan adalah nama yang Sir Alex Ferguson mahukan bagi menyelesaikan krisis midfielder Manchester United, namun dia perlu menunggu sehingga musim panas untuk mendaratkan bintang Benfica itu.
The Red Devils kekurangan kreativiti di bahagian tengah musim ini dan United telah membuka rundingan dengan Benfica mengenai perjanjian bernilai £29.3 juta untuk Gaitan.
Namun, kelab Portugal menjelaskan mereka tidak akan membenarkan pemain antarabangsa Argentina itu pergi pada Januari, ketika mereka masih berada di dalam Liga Juara-juara.
Ferguson akur tetapi masih mahu menandatangani Gaitan, 23, dan rundingan mengenai perjanjian tidak rasmi bagi perpindahan Jun nampaknya semakin hampir menemui kejayaan.
United juga dikhabarkan sedang mengatur tawaran untuk bek tengah Borussia Dortmund, Mats Hummels.
Pemain antarabangsa Jerman itu boleh tiba di Old Trafford pada Januari, ketika Ferguson mahukan sokongan bagi Nemanja Vidic, yang akan terlepas baki musim akibat kecederaan.
No comments:
Post a Comment