Monday 27 February 2012

ALEX PLIH RAMAI SGT PEMAIN MUDA


Sir Alex Ferguson menerima tanggungjawab di atas kekalahan mengejut 2-1  Manchester United kepada  Ajax kerana perjudiannya meletakkan barisan pemain pertahanan muda yang memakan diri di Old Trafford.

Ia tidak memadai untuk menghalang United dari mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Liga Eropah dengan keputusan agregat 3-2 namun pengakuan Ferguson akan mencetuskan kebimbangan mengenai dua pemain - Phil Jones dan Chris Smalling – yang dipanggil mewakili skuad England. 

Dengan kembar Da Silva bermain di posisi bek di hadapan David de Gea, United memiliki purata umur 21 tahun di bahagian pertahanan.

Ferguson berkata: ‘Saya perlu menerima tanggungjawab kerana memilih pasukan dan terlalu ramai pemain muda di bahagian pertahanan. Ia adalah masalah besar dari segi pengalaman bahagian pertahanan. Ia risiko besar yang kami ambil. 

‘Ia peluang yang bagus untuk memberikan Jones dan Smalling satu perlawanan tapi kekurangan pengalaman mereka untuk mendorong dan mengetatkan perlawanan telah tertunjuk. Untuk perlawanan Eropah, ia risiko yang terlalu tinggi. Kami terselamat namun ia mendebarkan.’

No comments:

Post a Comment